Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Mungkin tak sederas dulu, ini mengapa Salah tetap aset berharga Mesir

zzzz

Mohamed Salah dengan rendah diri tidak kisah memainkan watak bukan sebagai bintang utama Mesir dalam kempen Piala Dunia 2026.

Skuad The Pharaoh melakar sejarah dengan mara ke peringkat 16 buat julung kalinya bersandarkan kemenangan ke atas Australia menerusi penentuan sepakan penalti, semalam.

Pada umur 34 tahun, reputasinya sebagai penyerang kian terhakis  tetapi masih membuktikan betapa kelibatnya cukup berharga menerusi pengalaman berharganya dengan menyumbangkan satu gol dan dua bantuan jaringan -- enam gol Mesir keseluruhan kempen -- menjelang pertemuan pusingan 16 dengan Argentina, Rabu depan.

Namun, Salah -- yang bakal meninggalkan Liverpool musim depan -- terbuka untuk membincangkan peranannya di samping pasukan kebangsaan dan tanggungjawabnya bersama rakan sepasukannya, sekali gus memberi lebih ruang buang Omar Marmoush, Mostafa Ziko dan Esham Ashour menggerakkan jentera serangan.

“Saya tahu nilai diri sendiri dan pasukan kebangsaan melihat layanan orang lain terhadap saya.

"Saya cuba membantu pemain dan mewujudkan suasana yang selesa untuk mereka, itulah yang penting. Ini adalah detik bersejarah. Saya memberitahu mereka bahawa ini adalah sebuah perlawanan dalam seumur hidup kami dan kami perlu menikmatinya setiap saat.

"Saya sangat gembira kami mencipta sejarah dengan pasukan ini," katanya.

Kapten Mesir itu juga menjelaskan sepakan penalti berani Panenka yang dilakukannya dalam penentuan penalti getir tersebut.

“Jika seseorang perlu melakukannya, ia adalah saya. Saya mempunyai lebih kaya pengalaman berbanding pemain lain jadi saya ingin menyuntik mereka keyakinan.

"Saya memutuskan untuk melakukannya pada saat-saat akhir. Saya terpaksa melakukannya," katanya.

Rakan sepasukannya -- yang beraksi untuk Aston Villa di bahagian kelab -- Ahmed Elmohamady -- berkata sebuah tugu patut didirikan atas jasanya. 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Related Topics

Must Watch Video