Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Maghribi sedia cabar mana-mana pasukan

weeee

Mohamed Ouahbi memberi amaran bahawa Maghribi bercita-cita besar selain tidak gentar dengan mana-mana lawan dalam Piala Dunia 2026.

Wakil Afrika itu melakar kegemilangan dengan menutup peluang Belanda di Monterrey semalam, biarpun ramai tidak memandang peluang mereka dengan sebelah mata sekalipun bersandarkan semifinalis edisi di Qatar, empat tahun lalu.

Ketua jurulatih -- yang dilahirkan di Belgium dan berdarah Maghribi -- itu mengambil tugas tersebut daripada Walid Regragui dengan menerapkan corak bertahan tinggi dan gaya agresif memberi tekanan di kawasan lain, selain memberi kepercayaan kepada Ismael Saibari dan Ayyoub Bouaddi yang dikira masih mentah di peringkat antarabangsa.

"Tiada siapa mampu menghalang kami sekiranya kami beraksi sebagaimana bola sepak yang kami tahu.

"Namun, tiada siapa yang tidak boleh dikalahkan.

"Jika kami melakukan kesilapan, kami akan pulang," katanya yang akan berdepan Kanada dalam pusingan 16 di Stadium Houston, Ahad ini.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video