Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Laung sentimen politik, Argentina terlepas hukuman FIFA lagi

vvvv

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memilih untuk tidak mengenakan hukuman terhadap Argentina atas sorakan berkaitan Falklands di bilik persalinan.

Juara bertahan Piala Dunia itu melaungkan 'Muchachos,' sebuah lagu yang merujuk kepada wilayah terpencil di seberang laut yang ditadbir British ketika meraikan kemenangan 3-2 ke atas Mesir sejurus aksi pusingan 16 di Stadium Atlanta, tiga hari lalu.

Sorakan itu mengenangkan 44 tahun selepas Perang Falklands yang tercetus di antara 2 April dan 14 Jun 1982 hingga meragut 907 nyawa.

Sekiranya England menewaskan Norway dan Argentina mengalahkan Switzerland pagi esok, kedua-dua musuh tradisi itu akan bertembung di peringkat separuh akhir.

Konflik Falklands dan sorakan itu mungkin akan membayangi potensi perlawanan tersebut.

FIFA, bagaimanapun, tidak bercadang untuk mengambil tindakan meskipun tindakan itu melanggar peraturan ketat mengenai ekspresi politik di dalam stadium.

 

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video