Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Lamine Yamal kembali dalam kesebelasan utama Sepanyol bertemu Arab Saudi

Piala Dunia 2026: Lamine Yamal kembali dalam kesebelasan utama Sepanyol bertemu Arab Saudi

Bintang muda sensasi Sepanyol, Lamine Yamal, membuat penampilan pertama dalam kesebelasan utama sejak April apabila disenaraikan untuk aksi Kumpulan H Piala Dunia 2026 menentang Saudi Arabia, sebentar lagi

Pemain sayap berusia 18 tahun itu sebelum ini hanya beraksi sebagai pemain gantian ketika Sepanyol seri tanpa jaringan menentang Cape Verde dalam perlawanan pembukaan mereka.

Ketua jurulatih Sepanyol, Luis de la Fuente, melakukan empat pertukaran dalam kesebelasan utama dengan Yamal dan Alex Baena menggantikan Ferran Torres serta Gavi yang direhatkan di bangku simpanan.

Turut mendapat tempat ialah Pedro Porro yang mengambil alih posisi pertahanan kanan daripada Marcos Llorente, manakala Dani Olmo dimasukkan ke bahagian tengah menggantikan Fabian Ruiz.

Sepanyol dijangka sekali lagi bergantung kepada kreativiti Pedri dan penguasaan permainan Rodri bagi menguasai bahagian tengah, sementara Yamal diharapkan mampu memberikan dimensi baharu dalam serangan selepas pulih daripada masalah kecergasan yang membataskan aksinya sejak beberapa bulan lalu.

Di kem Arab Saudi, jurulatih pasukan melakukan dua perubahan dengan Ali Lajami menggantikan Mohammed Abu Alshamat di benteng pertahanan, manakala Nasser Al-Dawsari mengambil tempat Mohamed Kanno di bahagian tengah.

Perlawanan ini amat penting buat kedua-dua pasukan dalam usaha memburu slot ke pusingan kalah mati. Sepanyol memerlukan kemenangan pertama selepas seri dalam aksi pembukaan, manakala Arab Saudi berhasrat meneruskan momentum positif mereka dalam saingan Kumpulan H.

Kesebelasan Utama Sepanyol
Unai Simon; Pedro Porro, Pau Cubarsi, Aymeric Laporte, Marc Cucurella; Rodri, Dani Olmo, Pedri; Lamine Yamal, Alex Baena, Mikel Oyarzabal.

Kesebelasan Utama Arab Saudi
Mohammed Alowais; Ali Lajami, Abdulelah Alamri, Hassan Altambakti, Saud Abdulhamid, Moteb Alharbi; Nasser Al-Dawsari, Musab Aljuwayr, Abdullah Alkhaibari; Feras Albrikan, Salem Al-Dawsari.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Must Watch Video