Kylian Mbappe terus memperkukuh status dan sebab mengapa dia layak digelar salah seorang penyerang terbaik dunia apabila merangkul Anugerah Kasut Emas untuk Piala Dunia edisi kali ini.
10 gol terlaksana walaupun Perancis sekadar menamatkan saingan di kedudukan keempat, sudah cukup untuk menilai tahap keberkesanannya menghadirkan anugerah ini buat kali kedua berturut-turut selepas tahun 2022.
Situasi ini juga meletakkan dia sebaris dengan legenda seperti Lionel Messi yang dibezakan dengan dua jaringan, serta pemain prolifik, Jude Bellingham dan Erling Haaland, yang masing-masing menghadiahkan tujuh jaringan buat pasukan.
Selain mempertahankan gelaran individu itu, tonggak Real Madrid itu turut mencipta sejarah apabila muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman Piala Dunia dengan 22 gol, mengatasi rekod GOAT Messi.
Dan sejak penampilan sulung pada 2018, Mbappe telah membantu Perancis muncul juara dunia, menjadi naib juara pada 2022 dan terus mempamerkan prestasi luar biasa di pentas terbesar bola sepak dunia.
Dengan pencapaian dilakukan Mbappe dikala usianya mencecah 27 tahun pada 2026, empat tahun akan datang yang pasti peminat Les Blues masih mengharapkan dan tagih kekuatannya dalam saingan berprestij seperti Piala Dunia.