Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Kem Les Bleus saling tuding jari

vvv

Ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps, menolak rumusan kapten pasukan, Kylian Mbappe, yang meletakkan kegagalan Les Bleus menjejaki perlawanan akhir atas pendekatan taktikal dan teknikal.

Finalis edisi lalu itu tumbang 0-2 di Stadium Dallas, pagi tadi, dalam satu aksi yang didominasi oleh Sepanyol.

Lapan gol yang dikumpul sepanjang kempen ini langsung tidak mencerminkan ketajaman Mbappe ketika berdepan benteng La Roja apabila penggempur tersebut hanya berjaya melakukan 12 hantaran daripada 34 sentuhan.

"Saya rasa kami tidak bermain dengan corak permainan sendiri, baik daripada segi teknikal mahupun taktikal.

"Apabila anda tidak melakukan apa yang sepatutnya dilakukan dalam separuh akhir Piala Dunia, anda tidak akan menang. Sepanyol berpegang teguh kepada pelan permainan mereka.

"Dari awal lagi, kami menekankan (konsep) tiga lawan dua. Kami melakukan kesilapan di sana. Menentang Sepanyol, kami perlu menekan satu lawan satu, biarpun sesudah merampas semula bola.

"Sentuhan dan pergerakan kami tak capai tahap separuh akhir Piala Dunia. Sejujurnya, kami tidak mempunyai apa yang diperlukan untuk mara ke perlawanan akhir," katanya dalam sidang media pasca perlawanan.  

Deschamps kemudian memberi reaksi terhadap rungutan Mbappe itu sambil mempertahankan pendekatannya dalam perlawanan itu.

"Kami beraksi di bawah kemampuan sebenar dan kurang berbahaya daripada segi serangan berbanding yang sepatutnya.

"Kami melakukan beberapa kesilapan teknikal dan terlepas hantaran yang boleh membawa kepada situasi dan peluang. Kami perlu akur bahawa ini adalah perlawanan di tahap tertinggi, walaupun ia menyakitkan. Ia adalah langkah terakhir sebelum ke perlawanan akhir, jadi kami perlu beraksi untuk perebutan tempat ketiga.

"Kami akan turun beraksi; ia tidak menjejaskan pencapaian kami. Tetapi dalam perlawanan ini, Sepanyol menunjukkan sesuatu yang luar biasa," katanya pula yang kontraknya akan berakhir selepas kempen ini. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Related Topics

Must Watch Video