Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Kejutan! Pasukan ke-14 dunia layak suku akhir buat kali pertama sejak 72 tahun lalu!

Swiss

Penantian berakhir!

Switzerland berjaya layak ke suku akhir buat kali pertama sejak 1954 selepas menewaskan Columbia dalam perlawanan pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 di Vancouver sebentar tadi.

Aksi terpaksa berlarutan hingga masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0, namun tetap tiada jaringan menyebabkan dua seteru bola sepak itu harus membuat penentuan menerusi sepakan penalti.

Negara ke-14 dunia itu mencipta kejutan menundukkan ranking ke-11 FIFA itu untuk mara ke peringkat seterusnya, sekali gus menamatkan badi 72 tahun lalu dalam kancah tertinggi paling berprestij itu.

Skuad kendalian Murat Yakin itu memenangi permainan melalui kemenangan penalti 4-3 hasil kecemerlangan penjaga gol, Gregor Kobel.

Switzerland akan bertemu juara bertahan, Argentina, bagi perebutan ke separuh akhir. 
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video