Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Keadilan sentiasa menang -- Bintang Belgium sindir kontroversi Balogun selepas tumbangkan AS

Piala Dunia 2026: Keadilan sentiasa menang -- Bintang Belgium sindir kontroversi Balogun selepas tumbangkan AS

Pemain tengah Belgium, Nicolas Raskin, menyifatkan kemenangan bergaya 4-1 ke atas Amerika Syarikat (AS) dalam aksi pusingan 16 Piala Dunia 2026 sebagai bukti bahawa 'keadilan tetap wujud', susulan kontroversi melibatkan penyerang tuan rumah, Folarin Balogun.

Belgium mara ke suku akhir selepas menewaskan AS dengan meyakinkan, sekali gus menutup segala perdebatan mengenai keputusan FIFA yang membenarkan Balogun beraksi walaupun sepatutnya menjalani penggantungan automatik akibat kad merah.

Balogun dilayangkan kad merah ketika menentang Bosnia dan Herzegovina pada pusingan 32 terbaik. Namun, FIFA menggantung pelaksanaan hukuman itu di bawah Perkara 27 Kod Disiplin FIFA selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meminta Presiden FIFA, Gianni Infantino, meneliti semula kes tersebut.

Keputusan luar biasa itu mencetuskan bantahan daripada banyak pihak termasuk Persekutuan Bola Sepak Belgium, namun rayuan mereka ditolak beberapa jam sebelum sepak mula.

Bagi Raskin, kemenangan Belgium adalah jawapan paling tepat terhadap segala kontroversi yang menyelubungi perlawanan.

“Saya rasa sentiasa ada keadilan dalam hidup. Apa yang berlaku sebelum ini tidak kami anggap adil. Hari ini kami membuktikannya di atas padang.

“Mereka boleh lakukan apa sahaja, tetapi kami datang untuk menang dan kami berjaya menyampaikan mesej itu,” katanya.

Sebelum ini, Infantino menegaskan badan kehakiman FIFA beroperasi secara bebas dan autonomi, sambil menjelaskan beliau hanya memaklumkan kepada Trump bahawa kes Balogun masih melalui proses undang-undang.

Jawatankuasa Disiplin FIFA pula mempertahankan keputusan mereka dengan menyatakan badan itu mempunyai kuasa untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penggantungan satu perlawanan.

Walaupun isu tersebut menjadi topik hangat menjelang aksi di Seattle, Belgium memastikan keputusan di atas padang tidak meninggalkan sebarang keraguan apabila membelasah AS 4-1.

Belgium kini akan berdepan Sepanyol di Los Angeles pada Jumaat bagi merebut tempat ke separuh akhir Piala Dunia 2026, dalam satu lagi pertembungan yang dijangka sengit.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video