Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Kanada tuan rumah pertama tersingkir, 'juara bersama Afrika' tunjuk taring

zzz

KANADA 0 MAGHRIBI 3

3-0 mungkin agak kejam tetapi itulah hakikat pahit yang terpaksa Kanada ditelan ketika pemain tengah Maghribi, Azzedine Ounahi, menjadi watak pemusnah untuk membawa semifinlis empat tahun lalu itu muncul sebagai wakil pertama yang melangkah ke suku akhir Piala Dunia 2026. 

Maghribi memadam impian tuan rumah bersama itu -- yang mengatur dua ganda serangan berbanding juara bersama Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) itu -- dalam aksi di Stadium Houston sebentar tadi melalui dua jaringan pemain kelahiran Casablanca yang kini menyarung jersi Girona di Itali tersebut. 
 

Larian bertenaga dan hantaran jitunya memberi ketua jurulatih skuad Atlas Lions, Walid Regragui, ruang untuk pendekatan ketika bola pegun dan serangan balas yang berbahaya setelah perancangan awal mereka digugat apabila Soufiane Rahimi terpaksa dimasukkan bagi menampung kecederaan Ismael Saibari pada minit ke-21.

Rahimi yang mempunyai dua percubaan untuk menguji pintu gol Kanada yang dikawal Maxime Crepeau, berhasil menebusnya dalam percubaan ketiga -- dua bantuan gol berturut-turut daripada Diaz -- sekali gus menjadikan kedudukan selesa 3-0 dalam masa kecederaan.

Kanada di sebalik tersingkir harus berbangga dengan kempen memberangsangkan mereka, bukan sahaja untuk mencipta rekod kemaraan dan menamatkan penantian sejak 1998, sebaliknya memberi isyarat mereka bukan lagi pasukan belasahan.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video