Ketua jurulatih Senegal, Pape Bouna Thiaw, masih menyimpan hasrat untuk memacu pasukannya mara ke pusingan kalah mati dengan berbaki satu aksi lagi.
Meskipun sudah tewas dalam dua aksi pertama saingan peringkat Kumpulan I, Bouna optimis masih terlalu awal untuk mengatakan pasukannya telah 'gagal'.
Mereka tewas kepada Perancis 1-3 dan Norway 2-3 awal pagi tadi.
Senegal were expected to be one of Africa's best performing teams this World Cup.
With one group game left to play, they can no longer finish in the top two.
They now must beat Iraq and hope they rank among the eight best third-placed teams to reach the last-32 😮 pic.twitter.com/uIb6Ksvuuw— ESPN Africa (@ESPNAfrica) June 23, 2026
"Saya berasakan ia adalah perlawanan yang sukar bagi kami menentang Norway yang sangat kuat serta meletakkan kami dam situasi sukar kerana mereka sangat cekap.
"Kami mempunyai satu perlawanan lagi dan kami perlu focus dalam aksi terakhir nanti, dan mencuba raih tiga mata dan kemudian berharap dapat meraih kejayaan.
"Saya rasa agar terlalu awal untuk mengatakan bahawa kami gagal. Kami tidak mati. Kami tidak berada dalam kedudukan yang baik, dan memang benar ini adalah kali pertama Senegal memulakan kempen Piala Dunia dengan dua kekalahan." katanya.