Kapten Les Bleus, Kylian Mbappe, tidak terbawa-bawa dengan rentak garang sambil menegaskan anak buah Didier Deschamps itu yang sedang berjuang dalam kempen Piala Dunia 2026 ketika ini belum mencapai apa-apa kejayaang lagi.
Reputasi Perancis ketika ini dibandingkan diri dengan legenda pasukan kebangsaan itu yang pernah menjulang Piala Dunia setelah Kylian Mbappe dan Ousmane Dembele mengumpul 13 jaringan.
Skuad kendalian Deschamps itu mara ke separuh akhir dengan mendominasi Maghribi 2-0.
"Saya menjuarainya pada 2018) menjadi naib juara Piala Dunia 2022, dan pasukan sekarang ini belum mencapai apa-apa lagi," katanya yang telah meledak 20 gol daripada 20 penampilan Piala Dunia, termasuk empat penyudah dalam perlawanan akhir.
"Bagaimanapun, pasukan ini mempunyai potensi terbesar.
"Skuad ini berkualiti tinggi dan ia membolehkan kami memasang impian," katanya.
Bagaimanapun, pemain berusia 27 tahun itu -- yang mendahului carta penjaring gol dalam edisi ini dengan lapan gol setanding dengan Lionel Messi -- menegaskan bahawa Perancis belum sampai ke tahap itu lagi.
"Setahu saya, skuad ini belum memenangi apa-apa lagi. Saya selalu mengatakan bahawa pasukan paling mantap adalah pasukan yang memenangi trofi.
"Dalam soal ini, pasukan ini mencapainya lagi. Kalau gagal maka ini bukan pasukan yang paling mantap," katanya lagi.