Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Kad merah, UEFA tolak arahan FIFA

UEFA

Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) bercadang tidak menerapkan salah satu peraturan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang digunakan dalam Piala Dunia 2026 kali ini. 

Layangan kad merah akibat menutup mulut terus menjadi kontroversi, sehingga peminat mempersoal beberapa keputusan lain seperti kekasaran lebih patut diberi perhatian. 

Miguel Almiron (Paraguay) dan Piero Hincapie (Ecuador) menjadi pemain yang dibuang padang kerana menutup mulut ketika bersemuka dengan pemain lawan.

Gianluca Prestianni menjadi 'punca' peraturan itu ditubuhkan selepas menggunakan jersinya menutup mulut ketika bercakap dengan bintang Real Madrid, Vinicius Junior, dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada Februari lalu.

Siasatan mendapati Prestianni benar bersalah atas perlakuan berunsur perkauman dan dikenakan penggantungan enam perlawanan.

UEFA dalam satu kenyataan memutuskan untuk tidak menggunakan peraturan itu dalam aksi di bawah penganjuran badan induk itu.

UEFA menyeru pengadil supaya menilai dengan wajar sama ada perlu diberikan kad atau tidak, sambil tidak menolak cubaan yang dianggap menyembunyikan komunikasi.


 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video