Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Jurulatih Norway tak lena tidur terima hadiah istimewa Ancelotti

qqqqq

Ketua jurulatih Norway,Stale Solbakken, mengakui sukar untuk melelapkan matanya berikutan kejayaan mendebarkan 2-1 ke atas Brazil dalam kelompok 16 Piala Dunia 2026 semalam.

Solbakken mendedahkan bahawa rakan sejawatnya di kem Selecao, Carlo Ancelotti, bermurah hati menghadiahkannya jersi Brazil yang tertera namanya.

Sebelum sepak mula perlawanan di Stadium New York New Jersey itu, peminat Brazil menggunakan klip ucapan Solbakken yang melaungkan, "Carlo Ancelotti, kami akan datang untuk anda!' sebaik mengenepikan Ivory Coast dalam pusingan terdahulu bagi menghangatkan perhitungan getir terbabit.

Namun, Solbalken percaya cenderahati itu adalah satu bentuk ucapan tahniah selain Ancelotti sedar ia hanyalah sekadar ucapan kata-kata semangat kepada anak buahnya sempena pertemuan berkenaan.

"Saya boleh katakan bahawa dia (Ancelotti) menunjukkan satu karakter yang luar biasa selepas perlawanan.

"Wakilnya menghantar jersi Brazil yang tertulis nama saya di belakang berserta ucapan.

"Saya berasa sebak," katanya kepada pemberita sambil mengakui keletihan dan terus masuk tidur selepas perlawanan, biarpun tidak nyenyak. 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video