Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Jurulatih juara empat kali letak jawatan

Klopp

Ketua jurulatih Jerman, Julian Nagelsmann, meletakkan jawatan berkuat kuasa serta merta selepas kekalahan mengejut kepada Paraguay dalam pusingan 32 terbaik Piala Dunia 2026, Selasa lalu. 

Juara empat kali Piala Dunia itu menerima tamparan hebat tatkala peminat mempertikai percaturan pengendali berusia 38 tahun itu yang memaksa Jerman mengucapkan selamat tinggal kepada kancah berprestij itu meskipun bermula dengan sangat baik dalam peringkat kumpulan. 

Kekecewaan negara ke-14 dunia itu menerusi penentuan penalti menandakan kempen Piala Dunia ketiga berturut-turut yang gagal selepas tersingkir daripada peringkat kumpulan pada 2018 dan 2022. 

Kali terakhir mereka menjulang trofi itu ialah pada 2014.

Lembaga Persatuan Bolasepak Jerman (DFB) berkata ia akan memulakan perbincangan dengan bekas pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, yang telah lama dilihat sebagai pilihan ideal untuk menggantikan Nagelsmann.

"Berkenaan pelantikan ketua jurulatih baharu, kepimpinan DFB kini akan berbincangan dengan Jurgen Klopp. Beliau telah pun memberi isyarat untuk mengambil peranan itu," kata DFB.

Klopp yang berusia 59 tahun, yang kini merupakan ketua bola sepak global di Red Bull, telah menyatakan beberapa hari lalu bahawa dia akan terbuka kepada cadangan sedemikian.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video