Laman media sosial Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini berkongsikan fakta menarik dimana dua jurulatih di akademi Harimau Selatan itu iaitu Javier Jorda Ribera dan Gonzalo Sans Zaballos merupakan antara individu yang pernah melatih bintang Sepanyol, Ferran Torres.
Untuk rekod, pemain Barcelona, Ferran merupakan tonggak La Roja yang meledak gol kemenangan buat Sepanyol ketika aksi final Piala Dunia 2026 berdepan Argentina sekali gus menjuarai kejohanan bola sepak paling berprestij di dunia itu kali kedua sejak 2010.
"Penjaring gol kemenangan Piala Dunia 2026, Ferran Torres dari Sepanyol berasal daripada akademi Valencia CF di mana dua jurulatih Akademi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Javier Jorda Ribera dan Gonzalo Sans Zaballos merupakan antara jurulatihnya di sana untuk pasukan Bawah-16 dan Bawah-14.
"Javier dan Gonzalo hadir ke Johor apabila Akademi JDT-Valencia ditubuhkan pada 2017 dan kekal sehingga kini. Javier menjawat jawatan Pengarah Akademi manakala Gonzalo pula bertugas sebagai Ketua Akademi untuk bahagian ‘Methodology & Scouting’.
"Javier juga adalah jurulatih untuk pasukan Bawah-9 tahun DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor yang digelar Johor Cubs. Luaskan Kuasamu Johor." kongsinya.