Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Jordan Henderson patah pergelangan tangan tersangkut papan iklan ketika rai kemenangan England

hendo

Impian pemain tengah England, Jordan Henderson, untuk terus beraksi di pentas Piala Dunia 2026 tampak samar selepas mengalami kecederaan pergelangan tangan yang disifatkan "amat teruk" ketika meraikan kemenangan dramatik pasukannya ke atas Mexico dalam aksi pusingan 16  pagi tadi.

Pengurus England, Thomas Tuchel, mengesahkan kecederaan itu berlaku apabila Henderson terjatuh dari papan iklan di Stadium Azteca sejurus selepas perlawanan itu tamat, yang menyaksikan England melangkah ke suku akhir dengan kemenangan 3-2.

Pemain tengah Brentford berusia 36 tahun itu, yang sebelum ini hanya beraksi selama enam minit sebagai pemain gantian ketika menentang Panama dalam aksi Kumpulan L, terpaksa diusung keluar dari padang dan dikejarkan ke hospital.

"Jordan (Henderson) terjatuh dan mengalami kecederaan pada pergelangan tangannya. Keadaannya kelihatan amat teruk," kata Tuchel kepada BBC One selepas perlawanan itu.

"Ia satu kecederaan yang agak serius dan ia menjejaskan suasana kegembiraan malam ini kerana dia tidak dapat bersama-sama kami.

"Doktor memaklumkan kepada saya bahawa dia kini berada di hospital."

Henderson dilaporkan ditemani oleh pegawai sokongan pasukan England. Kecederaan itu menyaksikan Henderson berkemungkinan besar akan menyertai pertahanan, Reece James, yang terlebih dahulu diketepikan akibat kecederaan hamstring dalam perlawanan pembukaan.

Selain kehilangan Henderson, England juga bakal turun tanpa khidmat Jarell Quansah bagi aksi suku akhir menentang Norway di Miami pada Sabtu ini susulan layangan kad merah yang diterima pemain itu ketika menentang Mexico.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video