Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Iran tinggalkan nota panjang di bilik persalinan sekali lagi

aas

'Permainan adil bukan sekadar garisan dalam peraturan bola sepak, tetapi mengenai jiwa permainan' 

Pasukan Iran sekali lagi meninggalkan nota panjang di bilik persaliann selepas seri 1-1 berdepan Mesir di Seattle, Amerika Syarikat, semalam. 

Skuad Melli itu jelas kecewa selepas misi untuk menempah slot ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2026 masih belum terjami selepas seri 1-1 berdepan Mesir, malah jaringan Shoja Khalizadeh pada minit akhir permainan dibatalkan kerana ofsaid selepas semakan VAR. 

"Kami datang dari IRAN... #IRI daripada sebuah tanah yang selama beribu-ribu tahun, sentiasa meletakkan kehormatan mengatasi kemenangan. 

 

 

 

"Bagi kami, bola sepak bukan sekadar kejohanan untuk mencapai keputusan, ia adalah satu ujian keperibadian. 

"Mungkin mata boleh dimenangi dengan pelbagai cara, tetapi rasa hormat tidak boleh dibeli. 

"Mungkin sesebuah pasukan boleh mara daripada peringkat kumpulan, tetapi hanya melalui keadilan dan kehormatan seseorang itu mampu berdiri megah di hadapan sejarah. 

"Fairplay bukan sekadar garisan dalam peraturan bola sepak, tetapi mengenai jiwa permainan. Terima kasih Seattle." kongsinya. 

Terdahulu, Iran juga meniggalkan satu mesej di atas papan putih Ketika mencatatkan keputusan seri berdepan Belgium.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video