Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: ‘Ini bukan lagi bola sepak’ -- Mourinho pertikai pengadilan Aksi Argentina-Mesir

Piala Dunia 2026: ‘Ini bukan lagi bola sepak’ --  Mourinho pertikai pengadilan Aksi Argentina-Mesir

Bekas pengendali terkenal, Jose Mourinho, melontarkan kritikan tajam terhadap mutu pengadilan dalam perlawanan pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 antara Mesir dan Argentina yang berakhir dengan kemenangan dramatik 3-2 buat juara dunia itu.

Menurut Mourinho, Mesir bukan sahaja perlu berdepan 11 pemain Argentina di atas padang, malah turut terpaksa “menentang” keputusan pengadil dan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR).

“Apa yang berlaku membuktikan kelebihan 2-0 tidak pernah mencukupi. Anda bukan sekadar menentang 11 pemain di atas padang, tetapi juga wisel pengadil, teknologi VAR dan keseluruhan jalan cerita kejohanan,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan beberapa keputusan penting sepanjang perlawanan, termasuk insiden Mohamed Salah yang dihentikan pengadil ketika sedang menuju ke gawang, kekasaran yang didakwa dilakukan Cristian Romero terhadap Salah tanpa sebarang kad dilayangkan, serta jaringan Mesir yang dibatalkan selepas semakan VAR.

Mourinho juga mendakwa Mesir sepatutnya diberikan sepakan penalti pada masa kecederaan selepas Salah dikatakan dikasari di dalam kotak penalti. Sebaliknya, permainan diteruskan sebelum Argentina menjaringkan gol kemenangan menerusi Enzo Fernandez.

“Ini bukan lagi bola sepak. Ia sudah menjadi sebuah filem, dan pengakhirannya sudah ditentukan sebelum pemain memasuki padang,” tambahnya.

Kenyataan Mourinho pantas tular di media sosial dan menghangatkan lagi perdebatan mengenai mutu pengadilan dalam aksi tersebut. Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA) turut mengemukakan aduan rasmi kepada FIFA berhubung beberapa keputusan pengadil yang didakwa menjejaskan peluang mereka untuk mara ke suku akhir.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video