Penjaga gol Amerika Syarikat (AS), Matt Freese, mengakui tidak akan melupakan detik paling sukar dalam hidupnya susulan gagal membantu AS mara ke peringkat seterunya apabila tersingkir di tangan Belgium dalam pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026, minggu lalu.
Kontroversi penangguhan kad merah penyerang utama, Florin Bolugun, diikuti persembahan kurang meyakinkan dalam perlawanan kalah mati membayangi keseluruhan kempen tuan rumah.
Freese membuat kesilapan pada lewat permainan menentang The Red Devils apabila gagal mengeluarkan bola dibolosi gol ketiga yang menamatkan usaha kebangkitan pasukan ke-16 dunia itu.
"Saya rasa saat itu termasuk semua kesilapan adalah waktu yang buruk dalam sukan, akan hidup bersama saya dan menjadi sebahagian daripada diri saya.
A SHOCKING ERROR FROM MATT FREESE AND BELGIUM EXTEND THEIR LEAD 😨 pic.twitter.com/v1IDoQxeHG
— ESPN (@espn) July 7, 2026
"Semoga ia memberikan motivasi bukannya menjatuhkan karier saya," katanya.