Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Harry Kane akui corak bertahan England makan diri

zzz

Ketua pasukan England, Harry Kane, meluahkan kekecewaannya selepas pasukannya dibolosi dua gol lewat ketika ditumbangkan Argentina dalam separuh akhir Piala Dunia 2026.

Dalam sidang media pasca perlawanan di Stadium Atlanta sebentar tadi itu, Kane mengakui cuba bertahan selepas mendahului tetapi belum cukup kental.

England memecah kebuntuan perlawanan menerusi penyudah Anthony Gordon pada minit ke-55, tetapi berada di bawah tekanan yang besar apabila Argentina mula mengatur serangan lebih berbahaya yang menyaksikan Enzo Fernandez menjaringkan gol penyamaan sebelum Lautaro Martinez meledak gol kemenangan pada masa tambahan.

"Kami bermain dengan baik untuk sebahagian besar perlawanan. Sebaik sahaja kami mendahului 1-0, kami seolah-olah cuba bertahan.

"Di tahap seperti ini, pendekatan begini tidak memadai. Kami kecewa kerana kami telah bekerja keras untuk berada di sini dan pemain-pemain telah mencurahkan kudrat untuk setiap larian, peluh, darah dan air mata.

"Sebaik mendahului, sama ada mereka meletakkan lebih ramai pemain di hadapan atau kami tidak dapat menandingi mereka seorang demi seorang, mereka melancarkan asakan demi asakan dan kami cuba bertahan dengan memperkasakan benteng.

"Tetapi pada akhirnya, ia masih tidak memadai."

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video