Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Gempar! Skandal terbesar melanda gergasi Afrika

Algeria

Penyingkiran Algeria dalam Piala Dunia 2026 membuka sisi gelap negara itu yang sedang kecoh di media sosial ketika ini.

Malah, dalam perkongsian wartawan bola sepak terkemuka antarabangsa, Romain Molina, difahamkan turut mendedahkan skandal besar melibatkan perbelanjaan pasukan, timbunan bil yang menggunung, masalah pengurusan, isu jurulatih serta masalah disiplin oleh beberapa pemain.

Pasukan ke-29 dunia itu tewas 0-2 di tangan Switzerland dalam pusingan 32 terbaik, sekali gus tersingkir daripada kejohanan tertinggi dunia itu.

Dakwaan mula tersebar apabila sesetengah individu mempertikai corak permainan bekas juara Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2019 itu serta mempersoal peranan pihak pengurusan yang tidak profesional.

Ini ditambah dengan pemecatan ketua jurulatih, Vladimir Petkovic, sejurus gagal membantu Algeria dalam kempen kali ini. Petkovic menolak semua cadangan daripada Persekutuan Bolasepak Algeria (FAF) untuk penamatan secara baik dengan menuntut pampasan penuh yang diperuntukkan dalam kontraknya dan mengancam untuk membawa perkara itu ke Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sekiranya berlaku perselisihan faham.

Kontroversi semakin hangat apabila ada khabar angin mengatakan beberapa pemain bertidak melakukan kegiatan tidak bermoral seperti menghisap shisha serta membawa masuk wanita dalam hotel sewaktu kejohanan masih berjalan, namun tiada kesahihan terhadap berita itu.

Bintang sensasinya, Riyad Mahrez, pula terus mengumumkan persaraan daripada pasukan kebangsaan berkuat kuasa serta merta.

Sejauh manakah kebenaran ini tepat? 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video