Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: "The game is rigged" -- Pemain Mesir

Mesir

Penyerang sensasi Mesir, Mostafa Zico, memuat naik kenyataan kontroversi apabila mendakwa pengadil berat sebelah, sekali gus menjadi punca kekalahan pasukannya di tangan Argentina dalam pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 malam tadi.

"Pengadil benar-benar tidak adil.

"Ketidakadilan itu jelas berlaku. Kami melakukan tugas dengan baik sejak awal perlawanan.

"Dia mensia-siakan usaha seluruh negara”.

“Piala itu memang khas untuk Argentina. Mereka akan memenangi Piala Dunia," katanya selepas tamat perlawanan.

Mesir mendahului 2-0 dengan baki 11 minit sebelum perlawanan pusingan 16 terbaik itu tamat menyaksikan mereka hampir melakar kejutan besar Piala Dunia 2026, namun dibolosi tiga gol pada penghujung babak kedua dan tersingkir.

Beberapa keputusan oleh pengadil Perancis, Francois Letexier, turut dipertikai oleh penonton.

Wakil Afrika itu yang mencipta sejarah gagal melayakkan diri ke suku akhir, sekali gus tersingkir daripada kejohanan bola sepak paling berprestij itu.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

Must Watch Video