Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Gagal hingga tersingkir, Presiden gergasi Asia letak jawatan serta merta

Arab

Presiden Persekutuan Bolasepak Arab Saudi, Yasser Al-Misehal, meletakkan jawatan akibat penyingkiran awal pasukan kebangsaan daripada Piala Dunia 2026.

Gergasi Arab Saudi itu menamatkan saingan di tangga tercorot Kumpulan H dengan dua mata, sekali gus tersingkir selepas seri dengan Uruguay dan Cape Verde serta tewas kepada juara edisi 2010, Sepanyol.

"Kegagalan pasukan kebangsaan untuk layak ke pusingan seterusnya adalah keputusan yang tidak memenuhi semua cita-cita kami," tulis Al-Misehal di media sosial.

"Saya memikul tanggungjawab sepenuhnya untuk itu, memohon maaf kepada semua orang yang berharap dapat melihat pasukan kami berada dalam kedudukan yang lebih baik.

Al-Misehal telah memegang jawatan itu selama tujuh tahun dan terlibat secara besar-besaran dalam usaha Arab Saudi yang berjaya memenangi hak penganjuran Piala Dunia 2034.

Negara ke-58 dunia itu muncul dalan Piala Dunia untuk kali ketiga berturut-turut dan merupakan penyertaan ketujuh secara keseluruhan tetapi persediaan mereka terjejas oleh keputusan untuk menggantikan jurulatih, Herve Renard, dengan Georgios Donis kurang daripada dua bulan sebelum kejohanan bermula.

Keputusan itu datang selepas kerajaan telah mengagihkan sejumlah besar wang dalam sukan itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan kelab-kelab Saudi menandatangani pemain berprofil tinggi termasuk Cristiano Ronaldo dan Neymar Junior dalam usaha untuk meningkatkan standard dalam negara.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video