Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: FIFPRO dedah kes pemain jadi mangsa serangan perkauman naik mendadak

sass

Ancaman terhadap pemain yang gagal dalam Piala Dunia 2026 yang merangkumi serangan perkauman dan diskriminasi dalam talian dan secara bersemuka makin menular, kata Persekutuan Antarabangsa Pemain Bolasepak Profesional (FIFPRO).

Dengan kejohanan memasuki peringkat 16, FIFPRO menyeru tindakan kolektif dilaksanakan demi melindungi pemain daripada peningkatan ancaman di media selain menerima kesan terhadap kekalahan mahupun disingkirkan.

"Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, pemain telah menghadapi penderaan di atas talian dan secara bersemuka, kebanyakannya bersifat perkauman dan diskriminasi," menurut FIFPRO dalam satu kenyataan.

"Terdapat anacam dan permusuhan di luar padang. Insiden ini bukan terpencil; ia menunjukkan corak sistemik yang tidak wajar kekal sebagai sebahagian daripada bola sepak mahupun masyarakat.

"Pemain menggalas harapan sesebuah negara, namun ia tidak seharusnya mengorbankan keselamatan, maruah atau kesejahteraan mereka, dan ia tidak boleh diterima."

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berkata Perkhidmatan Perlindungan Media Sosial mereka telah menyaksikan lonjakan 13 kali ganda dalam  kes ancaman di atas di peringkat kumpulan Piala Dunia, dengan 11 peratus daripadanya bermotifkan perkauman.

Dalam pusingan kalah mati pula, pemain Belanda seperti Justin Kluivert, Quinten Timber dan Crysencio Summerville mengalami serangan perkauman di atas talian ekoran kegagalan dalam penentuan sepakan penalti kepada Maghribi di peringkat 32.

"Pasukan kebangsaan adalah lanjutan daripada tempat kerja pemain maka mereka harus dilindungi," tambah FIFPRO.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video