Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: England semakin hampir rebut kejuaraan, Erling Haaland 'hilang'!

England

Laungan It's Coming Home semakin bergema! 

England berjaya mara ke separuh akhir Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Norway 2-1 di Miami, sebentar tadi.

Perjalanan menakjubkan Norway berakhir, namun tetap membanggakan seluruh peminat atas sensasi sejarah bola sepak negara itu dalam edisi kali ini.

The Viking terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Andreas Schjelderup pada minit ke-36 selepas melakukan rembatan lambung menewaskan Jordan Pickford. 

Bintang Real Madrid, Jude Bellingham, menyamakan kedudukan 1-1 sebelum tamat separuh masa pertama untuk terus menghidupkan peluang buat The Three Lions. 

Kedua-dua pasukan terpaksa berjuang sehingga masa tambahan susulan terikat dalam 90 minit buntu tanpa tambahan jaringan. 

Bellingham sekali lagi mencuri tumpuan apabila meletakkan skuad kendalian Thomas Tuchel di hadapan dengan tampanan mudah hasil bola muntah daripada rembatan Morgan Rogers.

Ia, sekali gus meletakkan tonggak berusia 23 tahun itu turut serta dalam perebutan Kasut Emas dengan enam jaringan berkongsi kedudukan dengan rakan senegaranya, Harry Kane, di belakang Erling Haaland, Lionel Messi dan Kylian Mbappe setakat ini.

Sekali lagi stadium dihiasi dengan nyanyian 'Wonderwall' oleh peminat pasukan keempat dunia itu.

England akan bertemu sama ada juara bertahan, Argentina, atau Switzerland dalam separuh akhir.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video