Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: England sekat kebangkitan Croatia, King Kane kekal berbisa!

England

Harry Kane menjaringkan dua gol ketika England menangkis kebangkitan Croatia untuk mencatatkan kemenangan 4-2 dalam perlawanan Kumpulan L, Piala Dunia 2026 di Stadium Dallas sebentar tadi.

The Three Lions mendapat sepakan penalti seawal minit ke-10 apabila kapten Croatia, Luca Modric, tersepak paha Noni Madueke.

Biarpun sepakan pertama Kane ditepis keluar Dominik Livaković, tendangan penalti itu terpaksa diambil semula selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) mendapati penjaga gol berkenaan keluar dari garisannya sedikit lebih awal.

Kane kemudian tidak mensia-siakan kesempatan kedua itu untuk meletakkan England di depan pada minit ke-12.

Bagaimanapun, Martin Baturina mengikat kedudukan buat Croatia  menerusi gol rembatan serong kencangnya pada minit ke-36.

Tiga minit sebelum tamat separuh masa, Kane kembali meletakkan England di depan dengan menanduk masuk bola daripada sepakan sudut 
Declan Rice.

Namun, Croatia membuktikan keampuhan mereka apabila Petar Musa merembat masuk gol penyamaan untuk bekas naib juara itu menuju ke bilik persalinan tanpa ketinggalan.

Hanya dua minit diperlukan England selepas perlawanan bersambung untuk sekali lagi berada di depan, kali ini menerusi sentuhan Jude Bellingham selepas menerima lambungan jauh Elliot Anderson.

Pemain gantian, Marcus Rashford, kemudian mempamerkan gerakan kaki menarik sebelum melepaskan rembatan ke arah jaring pada minit ke-86 untuk England menamatkan saingan dengan kemenangan 4-2.

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video