Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: England rombak kesebelasan utama, Mexico kekal dengan skuad sama

Piala Dunia 2026: England rombak kesebelasan utama, Mexico kekal dengan skuad sama

England melakukan tiga pertukaran dalam kesebelasan utama menjelang aksi pusingan 16 terbaik menentang Mexico di Estadio Azteca, awal pagi Isnin.

Pengendali England, Thomas Tuchel, membuat kejutan apabila meletakkan Jarell Quansah di posisi bek kanan menggantikan Djed Spence.

Turut kembali dalam kesebelasan utama ialah Bukayo Saka dan Anthony Gordon bagi memperkuat jentera serangan yang diketuai kapten Harry Kane.

England dijangka terus bergantung kepada kreativiti Jude Bellingham di bahagian tengah, dibantu Declan Rice dan Elliot Anderson.

Sementara itu, ketua jurulatih Mexico, Javier Aguirre, mengekalkan barisan yang sama selepas kemenangan meyakinkan ke atas Ecuador pada pusingan 32 terbaik.

Harapan tuan rumah bersama itu sekali lagi disandarkan kepada gandingan penyerang berpengalaman Raúl Jiménez dan Julián Quiñones untuk memburu slot ke suku akhir.

Kesebelasan utama

England: Jordan Pickford, Jarell Quansah, Ezri Konsa, Marc Guéhi, Nico O’Reilly, Elliot Anderson, Declan Rice, Bukayo Saka, Jude Bellingham, Anthony Gordon, Harry Kane.

Mexico: Raúl Rangel, Jorge Sánchez, César Montes, Johan Vásquez, Jesús Gallardo, Erik Lira, Luis Romo, Gilberto Mora, Raúl Jiménez, Julián Quiñones, Roberto Alvarado.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video