Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: England enggan dedah hotel pasukan, takut ‘serangan bunga api’ penyokong Mexico?

Piala Dunia 2026: England enggan dedah hotel pasukan, takut ‘serangan bunga api’ penyokong Mexico?

England dilaporkan mengambil langkah luar biasa dengan merahsiakan lokasi hotel penginapan mereka menjelang aksi pusingan 16 Piala Dunia 2026 menentang Mexico.

Keputusan itu dipercayai dibuat bagi mengelakkan insiden 'serangan bunga api' yang didakwa pernah digunakan penyokong Mexico untuk mengganggu rehat pasukan lawan.

Menurut dakwaan yang tular di media sosial, terdapat usaha untuk mendedahkan lokasi hotel England supaya penyokong tuan rumah boleh berhimpun di luar penginapan skuad The Three Lions pada malam sebelum perlawanan.

Setakat ini, dakwaan tersebut masih belum disahkan oleh mana-mana pihak berkuasa atau kem England.

Kebimbangan England dikatakan berpunca daripada insiden sebelum aksi Mexico menentang Ecuador dalam pusingan 32 terbaik.

Difahamkan, kira-kira 1,000 penyokong Mexico berhimpun di luar hotel penginapan Ecuador dengan menyalakan bunga api, memukul gendang dan membunyikan hon kenderaan sepanjang malam bagi mengganggu waktu rehat pemain.

Mexico kemudian menewaskan Ecuador 2-0 untuk mara ke pusingan 16, sekali gus mengatur pertembungan dengan England.

Bimbang taktik sama berulang, England dilaporkan merahsiakan lokasi penginapan mereka bagi memastikan persiapan pemain tidak terganggu.

Sekiranya dakwaan itu benar, pertemuan England dan Mexico bukan sahaja dijangka sengit di atas padang, malah perang psikologi berpotensi bermula lebih awal sebelum wisel pertama ditiup.

Namun sehingga kini, tiada bukti rasmi menunjukkan sebarang rancangan untuk mengganggu England benar-benar akan berlaku.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

Must Watch Video