Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Elak badi wakil Eropah berterusan, tampanan Haaland bawa Norway ke pusingan 16

dddd

IVORY COAST 1 NORWAY 2

Erling Haaland merekodkan jaringan kelima Piala Dunia 2026 apabila menunggu hingga minit ke-86 untuk membawa Norway melepasi pusingan 32, sebentar tadi.

Norway mengelak daripada menjadi wakil Eropah yang seterusnya selepas Jerman dan Belanda yang terpaksa menempah awal tiket perjalanan pulang menerusi kemenangan 2-1 ke atas Ivory Coast di Stadium Dallas sebentar tadi.

Namun, anak buah Emerse Fae itu tidak memberi laluan mudah dengan melancarkan serangan bertali-arus termasuk sepakan percuma Amad Diallo yang menuntut ketangkasan Orjan Nyland untuk menepis bola yang meluru deras ke penjuru atas kanan gawangnya.

Antonio Nusa terlebih dahulu menggegar gawang untuk meletakkan Norway di hadapan pada minit ke-39 sebelum Diallo mengikat kedudukan 1-1 melalui gerakan solo menarik.

Namun, Haaland menjadi duri dalam daging buat wakil Afrika itu dengan tampanan ke dalam pintu gol seteru yang sudah ternganga, sekali gus menempah pertemuan dengan Brazil di peringkat 16.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video