Sweden tidak berdepan masalah untuk melakar kemenangan pertama dalam perlawanan pembukaan Kumpulan F, Piala Dunia 2027 selepas menewaskan Tunisia 5-1 di Estadio Monterrey, sebentar tadi.
Sweden tidak menunggu lama untuk mendahului menerusi jaringan pembukaan hasil rembatan deras Yasin Ayari pada minit ketujuh yang menerjah gawang Tunisia sekali gus menewaskan Mouhib Chamakh.
Selang 23 minit kemudian, giliran penggempur Liverpool, Alexander Isak, menggandakan jaringan untuk skuad Blagult, namun Omar Rekik merapatkan defisit jaringan dua minit sebelum masuk ke bilik persalinan untuk kedudukan 2-1.
🤩🇸🇪 Sweden beat Tunisia with Gyökeres, Ayari and Isak show!
Who’s been your Man of the Match? pic.twitter.com/wEIyMK7fCD— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 15, 2026
Masuk babak kedua menyaksikan Viktor Gyokeres, Mattias Svanberg dan Yasin Ayari menambah derita Tunisia dengan masing-masing menambah gol buat Sweden.
Kemenangan itu meletakkan Sweden berada di puncak saingan Kumpulan F dengan tiga mata diikuti Jepun, Belanda -yang berkongsi satu mata- dan Tunisia.
Untuk rekod, Ayari tidak meraikan jaringannya susulan menghormati negara kelahiran ayahnya, Tunisia.