Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Dua gol Haaland singkir Brazil

as

Dua gol Erling Haaland dalam separuh masa kedua menghantar Norway ke suku akhir Piala Dunia 2026 sekali gus mengejutkan juara lima kali, Brazil, untuk tersingkir apabila tewas 1-2 di New York, sebentar tadi.

Tandukan Haaland hasil hantaran lintang Andreas Schjelderup pada minit ke-79 memecahkan kebuntuan buat Norway mendahului 1-0, selepas tiada jaringan dalam babak pertama meskipun Brazil dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-13 selepas Matheus Cunha dikasari, namun Bruno Guimaraes gagal menoktahkan dengan jaringan.

Malah, Haaland sekali lagi meledak pada minit ke-90 untuk menewaskan Alisson Becker buat kali kedua.

Neymar menjaringkan gol sagu hati buat skuad Samba dalam minit kecederaan, namun sudah terlewat dan Brazil terpaksa akur tewas 1-2 dan tersingkir. 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video