Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Dilabel pasukan paling teruk sehingga tersingkir, nasib jurulatih tergantung

Tunisia

Jurulatih Tunisia, Herve Renard, menyerahkan sepenuhnya masa depannya  selepas kekalahan 3-1 kepada Belanda dengan mengatakan bahawa Persekutuan Bolasepak Tunisia akan menyemak semula statusnya selepas perjanjian jangka pendek sebelum ini.

Sebelum ini, negara ke-59 dunia itu memecat Sabri Lamouchi pada perlawanan pertama Kumpulan F selepas kekalahan 1-5, dan terus melantik Renard bagi mengemudi baki dua lagi aksi, namun tetap berakhir dengan penyingkiran.

"Persekutuan memanggil saya untuk misi yang sangat singkat.

"Ia tidak mencukupi, tetapi terima kasih banyak kepada persekutuan kerana menghubungi saya," kata Renard.

Bekas jurulatih Arab Saudi berusia 57 tahun itu tidak pasti tentang masa depannya dan menggesa badan induk bersabar dalam membuat keputusan

"Semua orang akan pulang ke rumah dan kita akan lihat apa yang akan berlaku pada masa depan," kata Renard.

"Mereka perlu duduk berbincang, menganalisis segala-galanya.

"Adalah penting untuk meluangkan sedikit masa, kerana kadangkala membuat keputusan dengan cepat bukanlah yang terbaik," tambahnya.

Renard berkata beliau tidak menyesal menerima jawatan itu, dan memuji pemainnya kerana dapat bertahan dalam keadaan yang sukar.

Media sosial turut melabel bahawa Tunisia merupakan pasukan paling teruk kerana gagal mencatatkan sebarang mata.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video