England membuat tiga perubahan dalam barisan utama untuk menghadapi pusingan 32 Piala Dunia 2026 menentang Republik Demokratik (DR) Congo tengah malam ini tatkala Declan Rice kembali mengemudi bahagian tengah.
Sekembalinya Rice, maka ini bermakna Morgan Rogers kembali diletakkan di bangku simpanan selain ketua jurulatih England, Thomas Tuchel, mempertaruhkan Noni Madueke berbanding Bukayo Saka sambil Djed Spence mengisi pertahanan kanan berikutan ketiadaan Recce James.
Dalam masa sama, DR Congo membuat satu perubahan setelah menewaskan Uzbekistan dengan meletakkan Ngalayel Mukau bagi menggantikan Cedric Bakambu dalam barisan utama.
Senarai barisan utama:
England: Jordan Pickford; Ezri Konsa, Nico O'Reilly, Marc Guehi, Djed Spence; Declan Rice, Elliot Anderson, Jude Bellingham; Harry Kane, Marcus Rashford, Noni Madueke.
DR Congo: Lionel Mpasi; Aaron Wan-Bissaka, Axel Tuanzebe, Chancel Mbemba, Arthur Masuaku; Ngalayel Mukau, Nathanael Mbuku, Samuel Moutoussamy, Noah Sadiki; Brian Cipenga, Yoane Wissa.