Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Courtois pertimbang masa depan Belgium, kesal dikeluarkan pada detik getir

aaa

Penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois, bersedia untuk meneruskan karier antarabangsanya tetapi menuntut untuk berehat dalam beberapa bulan akan datang.

Courtois 00 yang telah dikeluarkan secara kontroversi dalam kekalahan suku akhir Piala Dunia 2026 kepada Sepanyol semalam -- sebelum ini meluahkan sedang mempertimbangkan persaraan di peringkat pasukan kebangsaan.

Namun, pemain berusia 34 tahun itu -- yang telah memenangi 115 penampilan sejak membuat penampilan sulung pada 2011 -- kini terbuka untuk kekal sekiranya jadualnya dijamin dikurangkan.

“Saya telah menyatakan hasrat bahawa saya mahukan tahun yang lebih tenang, di mana saya boleh kekal di Madrid dalam kempen Liga Negara-Negara untuk menumpukan perhatian kepada pemulihan. Dengan cara itu, Senne (Lammens), Mike (Penders) mahupun Maarten (Vandevoordt) boleh beraksi.

“Jika Belgium menerima syaratnya, maka saya bersedia untuk meneruskan,” katanya yang dikeluarkan kerana mengalami kecederaan di kakinya ketika menentang Sepanyol yang menyaksikan penggantinya, Lammens, melakukan kesilapan untuk membolehkan Sepanyol menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-88.

“Sayang sekali saya dikeluarkan dalam perlawanan yang begitu istimewa,” katanya lagi.

“Saya berasa sangat bagus dalam separuh masa kedua dan berjaya menyelamatkan beberapa percubaan. Sata mahu kekal di atas padang pada saat-saat seperti itu.

“Tetapi selepas melakukan dua sepakan gol, saya berasa kesakitan di paha hadapan saya. Saya memberitahu mereka bahawa saya tidak lagi boleh membuat tendangan jauh,” katanya.

“Saya boleh kekal di gawang, tetapi jurulatih (Rudi Garcia) berkata: ‘Jika anda tidak 100 peratus, saya akan menggantikan anda.’

"Itulah sebabnya saya pada mulanya mahu terus bermain tetapi jurulatih memutuskan untuk menggantikan saya.

"Itu bukan satu masalah. Sudah tentu pasukan menjadi keutamaan.”

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video