Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Cafu gesa kembalikan DNA Brazil sejati

aaa

Brazil harus mengembalikan identiti samba selepas luka Piala Dunia kembali berdarah.

Selepas terkandas di peringkat suku akhri dalam kejohanan di Qatar empat tahun lalu, edisi 2026 pula bertambah suram apabila tumbang kepada Norway di Stadium New York/New Jersey,, semalam.

Rentetan itu, legenda yang mengetuai Selecao ketika kali terakhri menjulang trofi itu pada 24 tahun lalu, Cafu, percaya penawarnya tidak akan ditemui hanya dalam taktik, sistem permainan mahupun kaedah lain, ia mungkin bermula dengan sesuatu yang jauh lebih mudah: membiarkan kanak-kanak menyepak bola tanpa merasakan perlu memikul beban negara di bahu mereka yang kecil.

Penantian Brazil untuk gelaran keenam kini akan berlanjutan untuk sekurang-kurangnya 28 tahun, tempoh penantian paling lama dalam sejarah kejuaraan mereka.

Cafu, yang turut merupakan sebahagian anggota skuad juara 1994 yang menamatkan kemarau 24 tahun, sedar apa kesannya menyarung jersi Brazil.

"Lebih hebat lagi," katanya apabila ditanya tekanan yang perlu ditanggung generasi akan datang.

"Jika terdapat tekanan pada tahun '94 untuk menamatkan kemarau 24 tahun, bayangkan untuk edisi 2030, tempohnya sudah 28 tahun."

Biarpun hadir sebagai jurulatih asing pertama yang mengemudi Brazil, Cafu masih menaruh percaya harapan terhadap kemampuan Carlo Ancelotti yang hadir dalam detik cemas harus dibantu demi kebangkitan gergasi dari Amerika Selatan itu. .

"Ancelotti datang ke Piala Dunia ini untuk memadamkan kebakaran.

"Dia mengambil alih dan mengemudi kapal yang sudah pun belayar. Dia cuba membetulkan kapal itu di pertengahan perjalanan tetapi malangnya tidak berjaya.

"Sekarang dia akan mengambil alih kapal itu ketika ia berlabuh dan akan dapat menetapkannya di haluan yang tepat."

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video