Saluran radio terkemuka negara, THR Gegar, mengadakan perlawanan persahabatan bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM) United 2 sempena kehangatan Piala Dunia 2026 di Padang UiTM Shah Alam, Selangor pada Rabu lalu.
Namun, paling mencuri tumpuan permainan dihentikan seketika bagi memberi ruang untuk 'hydration break'.
Umum mengetahui segmen tersebut diperkenalkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk hentian singkat yang diberikan kepada pemain untuk mendapatkan semula tenaga ketika cuaca panas.
Tetapi, lain pula dramanya di Malaysia!
Orang ramai terhibur dengan gelagat penyampai radio berkenaan apabila terkejut dihidangkan juadah makanan yang banyak sewaktu rehat itu berlangsung.
Kuih popular sepeti akok dan makanan kesukaan ramai, nasi kerabu, turut disediakan!
Video penuh:
@thrgegar.my Lain macam laaaaaa hydration break siap ada akok & nasi dagang! Betul pata timo ni 🫣 #THRGegar ♬ original sound - THR GEGAR