Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Belgium bertegas tuntut penjelasan FIFA demi tegakkan etika kesukanan

aaa

Belgium terus mencabar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) supaya mengeluarkan bukti surat salinan rayuan yang membenarkan penyerang Amerika Syarikat (AS), Folarin Balogun, diturunkan dalam perlawanan pusingan 16 Piala Dunia 2026.

Badan induk dunia itu 'menangguhkan' penggantungan kad merah yang dikutip Balogun selama setahun, maka secara tidak langsung dia dibenarkan beraksi selepas Presiden AS, Donald Trump, secara peribadi menggesa Presiden FIFA, Gianni Infantino, agar menyemak semula kes tersebut.

Memandangkan FIFA mengelak tuntutan awal Persatuan Bolasepak Diraja Belgium (RBFA) atasan alasan teknikal, RBFA menegaskan bahawa mereka masih belum menerima sebarang keputusan atau penjelasan.

"Oleh itu, kami tidak mempunyai alternatif selain mencabar kelayakan pemain ini untuk perlawanan akan datang," kata RBFA.

"Agar rayuan boleh diterima, peraturan FIFA sendiri menyatakan bahawa keputusan yang munasabah mestilah terlebih dahulu dimaklumkan kepada perayu.

"Walaupun RBFA hanya menuntut penjelasan yang sah, FIFA sendiri telah membuat rayuan dan segera memastikan bahawa ia akan diisytiharkan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

"Semua ini berlaku tatkala FIFA pada masa yang sama enggan memberi reaksi berhubung permintaan sah RBFA ini."

Malah, RBFA juga mendedahkan FIFA telah mengeluarkan bahagian penggantungan pemain automatik ketika pembentangan mesyuarat penyelarasan praperlawanan dan gagal menjelaskan perubahan tersebut biarpun berulang kali permohonan secara lisan dan bertulis dibuat.

"Tanpa mengira keputusan perlawanan ini, RBFA memandang serius isu ini dan akan terus berjuang untuk beberapa jam, hari dan bulan akan datang demi mempertahankan prinsip asas etika, persaingan yang adil, dan kepentingan bola sepak secara keseluruhan," menurut kenyataan itu lagi.

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

Must Watch Video