Wayne Rooney membuatkan panel BBC yang terdiri daripada Micah Richards, Joe Hart dan Gabby Logan tercengang ketika sedang berkeudara secara langsung.
Bekas penggempur England itu mengulas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang sanggup melanggar protokol melanjutkan rehat separuh final Piala Dunia di antara pertemuan Argentina dan Sepanyol di Stadium New York New Jersey sebentar tadi.
Selepas Separuh masa pertama yang rancak menyaksikan juara bertahan dan pemenang Euro 2024 itu menuju ke bilik persalinan dengan keputusan seri 0-0, tumpuan di tengah kemudian beralih persembahan barisan artis terkemuka dunia seperti Madonna, namun ia langsung tidak mengundang minat Rooney.
"Sejujurnya, saya lebih gemar kalau aksi dihabiskan terlebih dahulu, saya menggemari barisan artis itu tetapi saya fikir ia mengarut.
"Ia langsung tidak membangkitkan keterujaan saya, saya fikir ia hambar, katanya.
Hart, Richards dan Pengacara BBC, Logan, terkejut dengan penilaian kejam Rooney hingga memaksa Logan menyampuk bagi meneruskan program rancangan tersebut,.
"Saya beritahu anda apa yang anda dapat di BBC, ulasan yang jujur," selorohnya.
Berlainan pula dengan bekas rakan sepasukannya di Manchester United, Gary Neville, yang beranggapan persembahan separuh masa itu membuatkan penonton bertambah bertenaga dan menghangat lagi suasana perlawanan akhir.