Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Baru satu perlawanan, AS hilang khidmat Pulisic?

puli

Christian Pulisic mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat Amerika Syarikat (AS) selepas dilihat berlatih berasingan daripada rakan sepasukannya dalam sesi latihan semalam menjelang perlawanan Piala Dunia 2026 menentang Australia di Seattle awal pagi Sabtu ini.

Bagaimanapun, jurulatih dan rakan sepasukannya yakin dia akan cukup cergas untuk perlawanan itu.

Pulisic mempamerkan aksi luar biasa ketika AS memulakan kempen Piala Dunia di tempat sendiri dengan kemenangan dominan 4-1 ke atas Paraguay di Stadium SoFi pada Sabtu lalu.

Namun, pemain sayap itu dikeluarkan pada waktu rehat selepas menerima tendangan di bahagian belakang kaki kirinya.

Dia kelihatan bergelut untuk berjalan selepas mengalami kecederaan di kawasan yang sama dalam sesi latihan beberapa hari sebelum itu.

Selepas perlawanan itu, Pulisic berkata dia berharap kecederaan itu tidak terlalu serius tetapi dia kemudian diletakkan di bawah program latihan individu khas semalam.

Dalam sesi latihan terbuka itu, yang pertama sejak AS menewaskan Paraguay, Pulisic hanya meluangkan masa di gimnasium dan di padang latihan berasingan daripada skuad kendalian Mauricio Pochettino berkenaan.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video