Meriah perlawanan kedua hari pertama Piala Dunia 2026 menyaksikan jersi pemain koyak ditarik oleh pihak lawan membabitkan aksi Korea Selatan menentang Czechia di Guadalajara, Mexico sebentar tadi.
Pada minit ke-25, kit Pavel Sulc terpaksa diganti akibat koyak ditarik oleh pertahanan Korea Selatan, Lee Han-beom.
Pavel Šulc's shirt ripped in the first half of South Korea vs. Czechia 😳 pic.twitter.com/VzDFL7bKUu
— ESPN FC (@ESPNFC) June 12, 2026
Pengadil menghentikan permainan seketika bagi memberi ruang buat Sulc menukar jersi sebelum menyambung semula aksi.
Skuad kendalian Hong Myung-bo meraih tiga mata penuh selepas menewaskan lawan dari ranking ke-43 dunia itu 2-1 dalam aksi penuh dramatik.