Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Argentina tahu telan kekalahan, Scaloni akui perlawanan berat sebelah

sss

Ketua jurulatih Argentina, Lionel Scaloni, tidak teragak-agak untuk mengakui Sepanyol merupakan pasukan lebih baik daripada barisannya yang tewas dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2026 sebentar tadi.

Sepanyol menumbangkan Argentina dalam perlawanan akhir di Stadium New York New Jersey untuk menafikan hasrat skuad Albiceleste untuk mempertahankan kejuaraan dalam perlawanan berat sebelah.

Scaloni terpaksa akur bahawa juara Eropah itu adalah pasukan yang lebih unggul.

"Sedih. Tetapi menyedari bahawa kami telah mencurahkan segala-galanya, saya mempunyai banyak perkara untuk diperkatakan tentang bagaimana kami sampai ke sini, tetapi ia tidak berbaloi.

"Terima kasih kepada mereka yang berjuang hingga ke akhirnya. Sepanyol lebih baik, memang benar tetapi saya mahu mengenang detik-detik yang indah.

"Kekalahan ini amat memeritkan, kami juga perlu bagus menelan kekalahan. Kami membuktikan bahawa kami tahu bagaimana untuk kalah, tetapi itu tidak bermakna kami akan melupakan segala usaha untuk sampai ke sini.

"Saya berterima kasih kepada pemain dan saya ingin memberitahu negara bahawa kami telah mengerahkan segala kudrat.

"Kami tiba di sini pada saat yang tidak adil, itu benar. Kami kalah dan kami perlu bangkit semula; tiada jalan lain lagi.

"Saya akan tetap kenang pencapaian naib juara kerana adalah sangat sukar untuk sampai ke peringkat ini dan kami perlu meletakkan ia sebagai sesuatu yang sangat bernilai.

"Jelas sekali, kekalahan ini melukakan kami. Saya rasa syukur tetapi sudah tentu bersedih.

"Tetapi apabila anda bermain seperti ini dan telah memberikan segala-galanya, adalah sukar untuk mengkritik,” katanya selepas perlawanan. 
 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video