Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Argentina perlukan 120 minit kalahkan pasukan ke-14 dunia

Messi

Argentina memerlukan 120 minit untuk mengatasi Switzerland sebelum berhasil mara ke separuh akhir Piala Dunia 2026 selepas memenangi perlawanan 3-1 dalam suku akhir di Bandar Kansas, sebentar tadi.

Bintang Liverpool, Alexis Mac Allister, membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 untuk juara bertahan mendahului 1-0. 

Selepas berhempas-pulas mengatur gerakan, akhirnya lawan di ranking ke-14 dunia itu akhirnya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Dan Ndoye pada babak kedua untuk menghidupkan peluang buat Switzerland terus berada dalam permainan. 

Malang menimpa buat skuad kendalian Murat Yakin apabila penyerang sensasinya, Breel Embolo dilayankan kad merah sejurus video bantuan pengadil (VAR) campur tangan menunjukkan bahawa Embolo sebenarnya sengaja melayangkan badannya sebelum Leandro Paredes bertindak melakukan sentuhan ke atasnya.

Aksi terpaksa diheret ke masa tambahan dan Switzerland melakukan pertukaran strategi dengan corak bertahan menafikan segala percubaan pasukan bimbingan Lionel Scaloni itu. 

Namun, taktik itu tidak berkesan dalam 15 minit terakhir apabila lencongan jarak jauh oleh bekas tonggak Manchester City, Julian Alvarez, berjaya menewaskan penjaga gol Switzerland, Gregor Kobel, membuatkan Argentina kembali bernafas. 

Dan, sentuhan Lautaro Martinez menghadiahkan kemenangan penting buat negara kedua dunia itu, sekali gus menempah tiket ke separuh akhir bertemu England.

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video