Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Argentina berdebar sebelum atasi 10 pemain Switzerland

asss

 

ARGENTINA 3 SWITZERLAND 1


Juara bertahan, Argentina, dikerah hingga masa tambahan sebelum menjamin tiket ke separuh akhir Piala Dunia 2026.

Switzerland terbukti bukan lawan yang mudah sebelum tumpas biarpun tempah dalam separuh perjalanan aksi di Stadium Kansas City, sebentar tadi, itu setelah Breel Embolo dikenakan kad kuning kedua pada minit ke-72 -- hanya sesudah lima minit bergembira meraikan rembatan rendah Dan Ndoye untuk mengikat kedudukan 1-1.

Kelebihan itu gagal dimanfaatkan anak buah Lionel Scaloni dalam memburu gol kedua selepas Alexis Mac Allister meletakkan mereka di depan pada minit ke-10 hasil sepakan penjuru Lionel Messi.

Percaturan Scaloni mengekalkan Julian Alvarez dalam barisan utama terbalas menerusi tendangan melencong penyerang Atletico Madrid itu yang menerjah gawang yang dikawal Gregor Kobel untuk kembali memberikan mereka pendahuluan 2-1 memasuki 112 minit masa tambahan.  

Dan situasi itu mendedahkan pertahanan pasukan kendalian Murat Yakin itu dan dengan satu serangan balas, mereka terhukum dengan gol ketiga yang dihasilkan Lautaro Martinez, lapan minit kemudian.

 

 

 

 

 

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video