Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, tidak berselindung mengecam pasukan England akibat gagal mara ke perlawanan akhir Piala Dunia 2026 selepas tumpas kepada juara bertahan, Argentina, Khamis lalu.
Dua gol saat akhir oleh Enzo Fernandez dan Lautaro Martinez memusnahkan harapan The Three Lions, sekali gus gagal membawa misi 'It's Coming Home'.
Trump menyifatkan taktikal bertahan yang digunakan oleh skuad kendalian Thomas Tuchel memakan diri, malah tidak menggunakan sepenuhkan kepakaran penyerang sensasi, Harry Kane.
"Anda mempunyai pemain hebat yang saya pernah bermain golf bersamanya iaitu Harry Kane..."
"Saya rasa mungkin England telah melakukan kesilapan besar apabila mereka meletakkannya sebagai pemain bertahan.
π¨π£οΈ π‘ππͺ: Donald Trump on England's World Cup elimination, attacking THOMAS TUCHEL'S defensive approach:
"You have a GREAT player in England, who I played golf with, he is Harry Kane..."
"I think maybe England MADE A MISTAKE when they put him as a defensive player, but well,β¦ pic.twitter.com/jW7pc3ByFxβ The Touchline | π (@TouchlineX) July 17, 2026
"Tetapi apa yang saya tahu tentang bola sepak?
"Maksud saya, mereka mendahului, dan mereka meletakkan pemain terbaik mereka di bahagian pertahanan.
"Sekali lagi, apa yang saya tahu tentang bola sepak dan kejurulatihan?"