Nestory Irankunda menjadi watak penting Australia meraih kemenangan pertama ke atas Turkiye dalam perlawanan Kumpulan D Piala Dunia 2026 di Vancouver, Amerika Syarikat (AS) sebentar tadi.
Larian pantasnya menewaskan pertahanan pihak lawan sebelum melepaskan sepakan deras pada minit ke-27 untuk gol pertama pasukan ranking ke-23 dunia itu.
Debut di pentas tertinggi bola sepak berprestij itu pada aksi pembukaan bersama Socceroos , pemain berusia 20 tahun tersebut dikenali dalam komuniti naturalisasi Afrika di Australia apabila dilahirkan di kem pelarian Tanzania sebelum memiliki kewarganegaraan Australia dengan mencari pengalaman membesar dalam industri bola sepak di Adelaide.
Australia shock Türkiye 2-0 in Vancouver 🤩
The biggest surprise of the 2026 World Cup so far. pic.twitter.com/5sHFZntyr8— B/R Football (@brfootball) June 14, 2026
Connor Metcalfe kemudiannya menambah derita Turkiye dengan jaringan kemenangan hasil rembatan daripada luar kotak penalti.
Gergasi Asia itu melaungkan misi untuk memperbaiki pencapaian selepas sekadar mengakhiri saingan di pusingan 16 pada edisi lalu dan 2006.