Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Adrien Rabiot bidas gelagat rakan sepasukan Perancis

ccc

Adrien Rabiot terkilan dengan tingkah laku beberapa rakan sepasukannya dalam kekalahan Perancis kepada England, semalam.

England memenangi perlawanan penentuan tempat ketiga Pioala Dunia 2026 untuk memastikan penamat terbaik mereka dalam Piala Dunia sejak memenangi kejohanan itu pada 1966.

Dan selepas usaha mengurangkan jurang jaringan berikutan ketinggalan 0-4 dalam separuh masa pertama, mereka akhirnya terpaksa menyerah kalah 4-6 di bawah kendalian terakhir ketua jurulatih, Didier Deschamps.

"Kami memulakan babak pertama dengan rentak agak memalukan.

"Saya melihat tingkah laku daripada beberapa pemain yang tidak pernah saya lihat sebelum ini. Ia agak mengecewakan kerana ia adalah perlawanan terakhir sedangkan kami beraksi dengan baik dalam pertandingan ini.

"Kami dilanda kekecewaan tumpas kepada Sepanyol, tetapi masih ada tugas yang perlu dilaksanakan dan kami tidak boleh berpuas hati dengan corak permainan yang cuai seperti ini.

"Kami berbincang dalam separuh masa pertama; kami memberitahu diri sendiri bahawa kami perlu pertahankan maruah dan prestasi kami menjadi jauh lebih baik dalam babak kedua, saya tidak boleh terima beberapa gelagat pemain-pemain," kata pemain tengah itu. 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement