Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: 30 tahun! Rekod percubaan terbanyak dalam sejarah tapi tersingkir tanpa gol

Turkiye

Bola sepak Turkiye pulang dengan hampa. 

Skuad kebangsaan Turkiye berputih mata apabila gagal melayakkan diri ke pusingan seterusnya apabila mencatatkan dua kekalahan, sekali gus tersingkir daripada peringkat kumpulan Piala Dunia 2026, semalam. 

Usai tewas kepada Australia 2-0, pasukan di ranking ke-32 dunia itu turut menelan kepahitan kecundang 0-1 kepada Paraguay yang beraksi dengan 10 pemain. 

Lebih memeritkan, Turkiye tidak meraih sebarang mata menyaksikan mereka duduk di tangga tercorot Kumpulan D. 

Tahukah anda? Anak buah Vincenzo Montella itu merekodkan keseluruhan 62 percubaan, menjadikan mereka satu-satunya negara dalam sejarah penganjuran Piala Dunia memiliki peluang paling banyak, namun tidak berjaya menghadirkan walau satu gol. 

Tiada pasukan sejak tahun 1966 melakukan lebih banyak percubaan dalam dua perlawanan Piala Dunia tanpa menjaringkan gol.

Meskipun dibintangi tonggak Real Madrid (Arda Guler) dan Inter Milan (Calhanoglu) dengan sering menawarkan idea berkualiti menerjah jaring, namun ia tidak memberi manfaat tatkala tidak membuahkan hasil.

Mereka akan bertemu tuan rumah, Amerika Syarikat (AS) sebagai aksi pelengkap jadual Kumpulan D pada minggu hadapan. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video