Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: 10 tahun baru perasan?! Gergasi Afrika ini dedahkan berita mengejut

Senegal

Presiden Persekutuan Bola Sepak Senegal, Abdoulaye Fall, berkongsi berita mengejutkan apabila mendedahkan pegawai perubatan yang mengiringi skuad negara itu tidak memiliki kepakaran yang sesuai menyokong keperluang pemain.

Doktor terbabit adalah pakar sakit puan dan perkara itu hanya disedari ketika kejohanan sedang berlangsung, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pemain mengenai tahap sokongan perubatan yang diterima.

"Berdasarkan maklum balas yang saya terima, para pemain tidak cukup yakin tentang perkhidmatannya," kata Fall. Persekutuan itu mendapatkan kepakaran perubatan tambahan untuk meyakinkan skuad, tambahnya.

"Kami terpaksa mencari kepakaran yang meyakinkan supaya pemain dapat sokongan yang sepatutnya, kerana kesihatan diutamakan daripada segalanya," kata Fall.

Persatuan Perubatan Sukan Senegal menolak dakwaan itu sebagai "tidak berasas dan memfitnah" dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat hari Isnin.

Ia mengatakan doktor pasukan, Abderahmane Fediore, memegang diploma pakar dalam perubatan sukan dan biologi sukan dari fakulti perubatan Universiti Cheikh Anta Diop.

Fediore sebelum ini mengetuai jabatan fisioterapi di Hospital Fann dan telah bekerja sebagai doktor pasukan Senegal sejak 2017 termasuk di tiga Piala Dunia dan lima Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).

Senegal memecat ketua jurulatih, Pape Bouna Thiaw, sejurus penyingkiran dalam Piala Dunia 2026 minggu lalu dengan mengatakan mereka memerlukan perubahan.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video