Skip to main content

Bola Sepak

Piala Bola Sepak Cahya Mata pentas alternatif pemain tempatan serlah bakat

j

Cahya Mata juga memperkenalkan Piala Bola Sepak Cahya Mata 2026 yang fokus kepada saingan antara komuniti di seluruh negara berikutan kejayaan kejohanan tahun lalu di Kuching, Sarawak.

Dengan kerjasama setiap persatuan bola sepak negeri, maksimum 32 pasukan akan mengharungi 63 perlawanan yang dibarisi pemain amatur dari umur 16 hingga 33 tahun, untuk memburu hadiah lumayan RM20,000 selaku juara peringkat negeri dan RM100,000 untuk peringkat kebangsaan.

Pengarah Urusan Kumpulan Cahya Mata, Datuk Sri Sulaiman Abdul Rahman Taib, menganggap ini sebagai usaha untuk mempertingkatkan lagi aktiviti sukan dalam komuniti, bukan hanya di sarawak malah di seluruh Malaysia.

"Kerja keras atlet memberi saya inspirasi jadi untuk melihat wajah mereka dan wajah keluarga mereka adalah sesuatu yang berbeza," katanya dalam sidang akhbar di ibu negara hari ini.  

Sulaiman juga berharap kejohanan ini akan menjadi platform terbaik buat bakat-bakat tercicir yang mungkin sebelum ini tidak mempunyai peluang langsung untuk menonjolkan apa yang mereka mampu lakukan.  

"(Pentas) ini peluang untuk memberi peluang kepada mereka menyerlah.

"Mudah-mudahan bakat mereka dapat dihidu dan terpilih mewakili Malaysia," katanya. 
 

Must Watch Video