Negara Matahari Terbit terkedu, malah terpaksa berputih mata.
Skuad futsal Indonesia sekali lagi mencipta sejarah besar apabila berjaya ke perlawanan akhir Kejohanan Futsal Piala Asia 2026 buat kali pertama selepas menewaskan Jepun di tempat sendiri.
Advertisement
Untuk rekod, Indonesia merupakan wakil kedua dari Asia Tenggara (ASEAN) yang berhasil ke final selepas Thailand sejak edisi pertama dipertandingkan yang dahulu dikenali sebagai Kejuaraan Futsal AFC pada 1999.
Pasukan di ranking ke-24 dunia itu terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit kelapan dalam separuh masa pertama selepas rembatan dari luar kotak menewaskan penjaga gol lawan.
Sang Garuda terus menggandakan kelebihan pada babak kedua menerusi sentuhan sendiri pertahanan Jepun untuk kedudukan 2-0.
โจ ๐๐๐ก๐๐๐๐ฆ๐ง๐ฆ โจ
National heroes!
๐ฎ๐ฉ Indonesia are in the #ACFutsal2026 for the first-time ever! pic.twitter.com/NGEhDGalPPโ #ACFutsal2026 (@afcasiancup) February 5, 2026
Namun, kegembiraan itu tidak bertahan lama susulan serangan tanpa henti Jepun akhirnya membuahkan hasil, sekali gus menyamakan kedudukan 2-2 dan permainan kembali hangat.
Tatkala kedua-dua pasukan terikat 3-3, Indonesia kembali lebih mendominasi aksi tersebut untuk menghidupkan harapan ke final di hadapan ribuan peminat tempatan.
Indonesia mengambil peluang menyempurnakan malam gemilang arena futsal negara itu apabila memanfaatkan kesilapan Jepun, sekali gus membuka lembaran baru dalam sejarah futsal pasukan itu.
Mereka akan bertemu juara bertahan, Iran, bagi perebutan trofi edisi ke-18 itu.